#7 |29 Mac 2010|..Oh! Beza Menteri Malaysia dan Menteri Brunei..

BANDAR SERI BEGAWAN (Brunei): Menteri Hal Ehwal Agama Brunei, Zain Serudin menolak usul ahli Parlimen, Goh King Chin supaya zon khas jual beli arak diwujudkan untuk pelancong bukan Islam.
Zain menegaskan, andai ia diwujudkan, Brunei yang mengharamkan penjualan arak pasti dilaknat Tuhan.
“Yang paling kami takuti ialah laknat Allah. Laknatnya bukan pada mereka yang melakukannya sahaja tapi semua yang berada di negara ini. Pelancong yang ingin minum arak boleh minum di negara mereka, malah mereka boleh mandi arak.
“Hari ini mereka mahu zon arak, lepas ini mungkin zon pelacuran, kasino. Kami perlu tolak semuanya dan kekalkan kemakmuran,” tegasnya. – AP

Apa komen anda?

2 ulasan:

Unknown berkata...

perdana menteri Malaysia lak kata
"..bole untung ke buat zon arak? ..kalu bole untung saya sarankan..malah kepada mahasiswa yang takde keje pas graduate bole ceburi bidang ni..saya sokong...."

hahaha....
agak2 PM akan jawab cam ni x?

Tanpa Nama berkata...

bleh tahan PM kte nie..
pastu kte gak yg kne pkai hasil dr bidang nie..
pening2..

Catat Ulasan